fb fb fb fb fb

Import ayam bulat bersifat sementara, akan dihentikan apabila bekalan mencukupi- Ronald

KUALA LUMPUR, 27 Januari- Kebenaran mengimport ayam bulat sejuk beku bagi tempoh tiga bulan, bermula Disembertahun lalu sehingga Februari ini hanyalah bersifat sementara.

Menurut Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, langkah tersebut akan dihentikan apabila bekalan mencukupi.

"Untuk sekian lama kita tidak pernah mengimport ayam bulat kerana pengeluaran bekalan ayam di negara kita mencukupi, tetapi sebab keadaan pandemik pengurangan kapasiti penternakan yang dibuat kalangan penternak negara kita ada sedikit kekurangan.

"Ini merupakan kekurangan yang sementara dan disebabkan kekurangan ini kita membenarkan import dari luar," katanya selepas menjadi tetamu program, Inklusif di Angkasapuri.

Tambah beliau pihaknya akan terus memantau perkembangan 32 syarikat yang diberikan kelulusan untuk mengimportayam bulat sejuk beku dari tiga negara iaitu Thailand, China dan Brazil.

Setakat ini negara memerlukan ayam bulat sejuk beku sehingga 10,000 tan metrik atau 5.5 juta ekor sebulan.

Media Baharu