SINTOK, 27 Januari- Memorandum Persefahaman (MoU) dimeterai antara Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) demi membantu pembangunan ekonomi belia.
Kerjasama strategik ini akan mengangkat golongan belia ke peringkat lebih tinggi menerusi hasil kajian dijalankan bersama.
Naib Canselor UUM, Prof Dr Haim Hilman Abdullah berkata, hasil kajian akan disampaikan kepada agensi terlibat untuk langkah seterusnya.
"Kita dengan kekuatan 1,200 pensyarah dan program-program akademik di mana saya yakin dan percaya dapat memberi satu impak besar kepada IYRES dalam konteks kelangsungan penyelidikan yang ingin dilakukan di masa depan dan saya juga mengharapkan agar ianya tidak terikat kepada aspek penyelidikan tetapi juga latihan perundingan dan seumpamanya termasuk jugak komuniti 'engagement' yang boleh kita sama-sama bangunkan,"katanya.