fb fb fb fb fb

'Program Masih Ada Yang Sayang' diteruskan



JOHOR BAHRU, 27 Januari - Radio Klasik meneruskan Program Masih Ada Yang Sayang setelah terhenti berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Penolong Pengurus Radio Klasik (Siaran) Norhashidah Mohd Sharif berkata, menerusi program itu Radio Klasik dengan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) menyantuni tiga artis veteran 60-an, iaitu Zaleha Hamid, Aida Agil dan A. Halim.

Mereka menerima sumbangan wang tunai dan barangan keperluan harian serta barangan Industri Kecil Sederhana (IKS) keluaran asnaf, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

"Sebelum ini kita laksanakan di Perak dan juga di Selangor. Tahun ini kita teruskan kembali program ni dan diharap berterusan pada masa akan datang. Sebenarnya kita ada rancang juga untuk buat di Pulau Pinang tetapi kita masih lagi melihat, jika program kali ini berjalan lancar dan kita akan laksanakan," kata Norhashidah di sini.

Program Masih Ada Sayang yang bermula sejak tiga tahun lalu mendapat kerjasama pelbagai agensi dengan penglibatan beberapa penyampai Radio Klasik.

 

Media Baharu