fb fb fb fb fb

Malapetaka jalan raya, 50 peratus pengurangan kematian disasarkan


PUTRAJAYA, 27 Januari- Sebanyak 50 peratus pengurangan jumlah kematian akibat kemalangan jalan raya disasarkan menjelang 2030.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata sasaran menerusi Pelan Keselamatan Jalan Raya 2022-2030 ini bertujuan menjadikan Malaysia, negara sifar kematian akibat nahas di samping melindungi kebajikan pengguna jalan raya.

"Itu berdasarkan data pada tahun 2019, bermaksud 6,000 perlu kurangkan sampai 3,000. Walaupun kita nampak dalam tempoh dua tahun (2020/2021) mungkin kita boleh rasa lega, tetapi hakikatnya disebabkan ada PKP kenderaan sebenarnya tidak dibenarkan berada di atas jalan raya. Namun meskipun disebabkan faktor itu kita nampak pada tahun 2020 kita masih lagi mncapai angka 4,634 iaitu pengurangannya 25 peratus,"katanya selepas melancarkan Ops Bersepadu dan Kempen Keselamatan Jalan Raya sempena Tahun Baharu Cina di Putrajaya.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah menggerakkan lebih 2,000 anggota penguat kuasa di seluruh negara bermula Selasa lalu hingga 8 Februari ini.

Antara inisiatif JPJ ialah menggunakan kaedah ‘penyamaran’ sebagai penumpang bas ekspres dan pemantauan di 14 lokasi tumpuan sepanjang lebuh raya.


Media Baharu