fb fb fb fb fb

Raja Muda Perlis nasihat setiap individu memiliki integriti tinggi

PERLIS, 14 Februari - Bukan mudah seseorang individu membentuk diri untuk menjadi seorang yang berintegriti tinggi.

Namun, pepatah ada mengatakan bahawa “kalau hendak seribu daya”, maknanya kita akan berusaha untuk mencapai sesuatu jika kita benar-benar inginkannya.


(Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail memberi sumbangan)

Titah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, bagi individu khususnya semua Pekhidmat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) yang inginkan kelangsungan kehidupan yang cemerlang pada masa hadapan, perlulah terus berusaha sedaya mungkin untuk memperkukuhkan tahap integriti diri.

Semua turut diajak merenungkan kata-kata cendekiawan Albert Einstein iaitu "Integriti tanpa pengetahuan adalah lemah dan tidak berguna dan pengetahuan tanpa integriti adalah berbahaya dan mengerikan".

Demikian titah baginda ketika mengetuai program kayuhan berbasikal MAIPs Peduli di sekitar Kampung Wang Kelian serta menyantuni tiga buah rumah asnaf terpilih bagi menyerahkan sumbangan agihan zakat MAIPs.

MAIPs amat menghargai individu-individu yang sentiasa bermurah hati dengan menunaikan tanggungjawab melaksanakan ibadah berzakat untuk disalurkan asnaf yang memerlukan bantuan di seluruh Perlis.

Media Baharu