fb fb fb fb fb

197 kandungan langgar etika di media sosial diturunkan

(Foto Hiasan)

KUALA LUMPUR, 14 Februari- Sejumlah 197 kandungan di pelbagai platform media sosial diturunkan sepanjang Januari lalu, kerana melanggar etika.

Menurut Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, daripada jumlah itu, 101 kandungan adalah daripada platform TikTok.

Bagaimanapun, setakat hari ini pihaknya tidak memohon tindakan untuk menutup atau menyekat mana-mana akaun pengguna media sosial terlibat.

"Sebenarnya terdapat tiga kaedah kandungan itu diturunkan. Bagi TikTok itu sendiri mereka mempunyai 'artificial intelligence' ataupun AI dan saya difahamkan daripada pihak TikTok sebanyak 90/95 peratus kandungan yang dinaikkan itu diturunkan secara automatik kerana melanggari 'community guideline' TikTok.

"Kedua daripada laporan pengguna media sosial dan ketiga atas pemintaan agensi atau badan penguatkuasaan," katanya.

(Fahmi Fadzil)

Beliau menyatakan demikian pada sesi jawab lisan di Dewan Rakyat, di sini hari ini.

Fahmi menjawab soalan tambahan wakil Wangsa Maju, Zahir Hassan berhubung usaha kerajaan untuk menyekat pengguna akaun yang memuat naik kandungan menyalahi peraturan seperti menggugat perpaduan kaum.

Media Baharu