fb fb fb fb fb

Raja Muda Perlis nasihat mahasiswa perkukuh pengetahuan

(Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyampaikan agihan
zakat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis MAIPs)

ARAU, 24 Januari- Mahasiswa dinasihatkan untuk sentiasa bersedia mendalami ilmu pelbagai bidang dan tidak tertumpu hanya dalam kuliah semata-mata.

Mereka perlu mempelajari ilmu di luar kelas seperti penglibatan dalam aktiviti kelab atau persatuan dan program tanggungjawab sosial universiti (USR) seperti menyertai program sukarelawan membantu mangsa banjir, aktiviti di masjid-masjid dan rumah ibadat serta program motivasi atau aktiviti pembangunan sukan di sekolah-sekolah.

Titah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, penglibatan masing-masing diharap akan mampu menjadi nilai tambah apabila bergraduasi kelak.

Demikian titah baginda ketika menyampaikan agihan zakat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bernilai RM700 secara tunai, beras serta bekalan makanan mentah setiap seorang kepada tiga buah keluarga asnaf terpilih di rumah masing-masing.

Ketiga-tiga asnaf berkenaan ialah Aishah Saad, 84 tahun; Che Mas Bu Saidin, 87 tahun dan Abu Bakar @ Mat Zain Abdullah, 84 tahun dalam kariah Masjid Al-Hidayah, Kampung Titi Beratap, Simpang Empat.

Mereka menerima sumbangan tersebut daripada Tuanku Syed Faizuddin Putra sempena program rutin kayuhan berbasikal MAIPs Peduli Menjejaki dan Menyantuni Asnaf yang diketuai oleh baginda sendiri.


(Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyampaikan agihan

zakat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis MAIPs)

Media Baharu