fb fb fb fb fb

JBPM buat penerbangan ihsan bantu bayi Orang Asli sesak nafas ke hospital

GUA MUSANG, 24 Januari- Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pangkalan Wilayah Tengah Subang melakukan penerbangan pemindahan perubatan (Medevac) bagi membawa seorang bayi perempuan Orang Asli dari Pos Balar di sini mendapatkan rawatan di Hospital Gua Musang (HGM).

Herissya Hefly yang berusia satu tahun tiga bulan mengalami sesak nafas, batuk dan selesema sejak tiga hari lepas.

Pegawai Perhubungan Awam JBPM Pangkalan Wilayah Tengah Subang, Selangor, Timbalan Penguasa Bomba II, Mohd Hasrizal Kamaruzzaman berkata mangsa yang ditemani ibunya Tijah Enda, 22, berada dalam keadaan stabil sewaktu proses pemindahan dilaksanakan.

“Anak kapal menerima tugasan mengambil pesakit ini semasa melaksanakan operasi menghantar makanan ke pos pedalaman Orang Asli di Pusat Sivik di sini pada pukul 10.26 pagi dengan menggunakan pesawat Agusta Westland 189 (AW189).

Bayi perempuan Orang Asli bersama ibunya di bawa ke Hospital Gua Musang dengan
penerbangan Medevac / Foto ihsan JBPM

“Dua jururawat dari Hospital Gua Musang dibawa bersama ke Pos Balar untuk mengeluarkan pesakit terbabit.

"Operasi membabitkan tiga kru penerbangan diketuai Penguasa Kanan Bomba II, Wahyudi Mohd Sayuhti," katanya dalam kenyataan hari ini.

Media Baharu