fb fb fb fb fb

Banjir kilat, 1 PPS dibuka di Johor

LABIS, 24 Januari- Satu pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Sekolah Kebangsaan Kampung Tenang, di sini, pada pukul 8.00 pagi tadi, susulan kejadian banjir kilat di Kampung Paya Merah Lama.

Menerusi laporan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Johor, PPS tersebut menempatkan 413 penduduk terjejas daripada 119 keluarga, termasuk 39 warga emas dan 16 Orang Kurang Upaya (OKU).

Banjir kilat juga berlaku di beberapa lokasi, antaranya Kampung Pekan Air Panas; Segamat dan Kampung Baru Sungai Mas; Kota Tinggi.

(Foto fail)

Sementara itu mengikut laporan Angkatan Pertahanan Awam (APM) Johor, 10 buah rumah terkesan akibat banjir kilat di Daerah Kluang, setakat pukul 11.00 pagi tadi, susulan Monsun Timur Laut.

Kawasan terlibat adalah Lorong Sungai; Kampung Tengah Dalam, dan Jalan Sawi; Yap Tau Sah.

Media Baharu