fb fb fb fb fb

Gempa bumi sederhana melanda Utara Laut Maluku, Indonesia

KUALA LUMPUR, 24 Januari- Gempa bumi sederhana berukuran 5.7 pada skala Richter dikesan berlaku di Utara Laut Maluku, Indonesia pada pukul 10.13 pagi tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan hari ini memaklumkan gempa itu berlaku pada jarak 155 kilometer (km) tenggara dari Pulau Talaud, Indonesia, dengan kedalaman 72km.

(Foto hiasan)

Bagaimanapun penilaian awal mendapati tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

Media Baharu