fb fb fb fb fb

Raja Muda Perlis mahu keharmonian dan perpaduan diperkukuh

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra merangkap Yang DiPertua Majlia Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) menyampaikan sumbangan kepada asnaf terpilih

KANGAR, 26 April - Masyarakat perlu sentiasa bersyukur dengan kesepaduan dan keharmonian negara yang dikecapi dalam perbezaan budaya, agama dan keturunan.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah menjadi harapan agar keharmonian dan perpaduan yang dibina dan dinikmati bersama-sama di negara ini akan kekal buat selama-lamanya.

"Pada masa yang sama, elakkan daripada menyalahgunakan kecanggihan teknologi untuk menyebar kebencian serta permusuhan yang mampu memecah belahkan masyarakat," titah baginda.

Demikian titah baginda selepas berkenan berangkat menghadiri Program Hijrah Minda MAIPs yang diadakan di Masjid Al-A'la, Behor Temak, Kangar .

Seramai 20 orang asnaf terpilih menerima sumbangan MAIPs berjumlah RM700 setiap seorang daripada Tuanku Syed Faizuddin Putra merangkap Yang DiPertua Majlia Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

TETITIA YUSOFF