fb fb fb fb fb

Raja Muda Perlis berkenan melawat pameran DSA dan NATSEC 2024

FOTO ISTANA ARAU

KUALA LUMPUR, 10 Mei- Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat ke Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan Asia (NATSEC) 2024 di Pusat Pameran Perdagangan Antarabangsa (MITEC).

Tuanku Syed Faizuddin Putra turut berkenan mengadakan lawatan ke pameran Aselsan, Roketsan, Malvus Sense, Kovico, UAE National Pavilion, Turkish Aerospace (TUSAS) dan DRB-HICOM Defence Technologies Sdn Bhd's (DEFTECH).

Mengiringi baginda, Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari, Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan dan Pengarah Cawangan Tenaga Kerja, Bahagian Perkhidmatan Anggota (BPA) Markas Angkatan Tentera Malaysia (MK ATM), Brigedier Jeneral Abdullah Thani Abdul Rahim.

Sebanyak 1,324 syarikat dari 60 negara telah menyertai DSA dan NATSEC Asia 2024 kali ini yang berlangsung daripada 6 hingga 9 Mei 2024.

Pameran mega itu berfungsi sebagai platform penting untuk menjalin perkongsian pertahanan dan keselamatan antarabangsa, memudahkan urus niaga industri yang penting dan mempromosikan dialog dan kemajuan teknologi global.

DSA dan NATSEC juga menawarkan platfrom bagi pemain industri tempatan menunjukkan kepakaran mereka di peringkat antarabangsaa serta berkongsi kepakaran mahupun idea dengan pemain industri di peringkat global.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE