fb fb fb fb fb

Raja Arshad dilantik Pengerusi Kumpulan PNB

(Foto BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 30 Mei- Permodalan Nasional Berhad (PNB) mengumumkan pelantikan Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda sebagai Pengerusi Kumpulan PNB.

PNB berkata pelantikan itu berkuat kuasa pada 1 Jun 2023.

"Beliau adalah Pengerusi Ekuiti Nasional Berhad, Icon Offshore Berhad dan Bumi Armada Berhad serta merupakan bekas pengarah Maxis Berhad dan Khazanah Nasional Berhad.

"Raja Arshad juga merupakan bekas Pengerusi Eksekutif PricewaterhouseCoopers (PwC) Malaysia dan Pengerusi Pasukan Kepimpinan PwC Asia 7.

"Semasa krisis kewangan Asia 1997, beliau dilantik sebagai Pengerusi Danamodal Nasional Berhad, salah satu daripada tiga syarikat bertujuan khas yang ditubuhkan oleh kerajaan untuk menguruskan krisis.

"Lembaga Pengarah dan warga PNB berbesar hati mengalu-alukan Raja Arshad ke Lembaga Pengarah PNB, membawa bersama-sama pengalaman luas beliau dalam pengawasan syarikat dan institusi," katanya menerusi kenyataan.


(Foto PNB)

Media Baharu