(Foto Anwar Ibrahim)
PUTRAJAYA, 30 Mei- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan komitmen Kerajaan Perpaduan terhadap kebajikan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan menyalurkan peruntukan bagi kos membaik pulih kediaman dan kuarters khususnya yang daif.
Perdana menteri berkata demikian dalam hantaran di laman Facebook selepas menerima kunjungan hormat Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Seri Mohammad Ab Rahman di pejabatnya.
Anwar turut mengingatkan agar kebajikan anggota terutama memastikan akses terhadap pendidikan yang berkualiti dalam kalangan anak-anak anggota ATM, sentiasa dijaga.
Dalam pada itu, beliau berharap pasukan badan pertahanan negara terus utuh dalam memastikan keselamatan rakyat berada pada tahap terbaik.
(Foto Anwar Ibrahim)