(Foto Fahmi Fadzil)
KUALA LUMPUR, 30 Mei- Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) menerima aduan cetak rompak dan penjualan filem di beberapa platform e-dagang negara ini.
Aduan tersebut dibuat dalam sesi dialog awam bersama industri kreatif oleh beberapa penerbit yang mengesan kegiatan tersebut.
Susulan aduan tersebut, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata pihaknya akan memanggil syarikat e-dagang terlibat untuk memberi penjelasan.
"Saya akan menghubungi pihak platform tersebut untuk mendapatkan kepastian adakah perkara ini berlaku dan jika ya saya minta pihak tersebut mengambil tindakan serta merta. Jika tidak kita akan melihat peruntukan yang ada untuk tindakan susulan," katanya kepada pemberita di sini.
Tambahnya, KKD akan memberi keutamaan dalam mempertahankan hak intelek pembikin filem agar hasil karya dihormati dan dilindungi.
(Foto Fahmi Fadzil)