fb fb fb fb fb

Rahmah Ride, AirAsia Superapp tawar harga promosi RM1

KUALA LUMPUR, 19 Julai- AirAsia Superapp memperkenalkan tiga inisiatif sebagai sebahagian daripada sokongannya terhadap inisiatif Payung Rahmah termasuk promosi tambang RM1 bagi AirAsia Ride.

Ketua Pegawai Eksekutif Serantau AirAsia Ride, Lim Chiew Shan, promosi itu membabitkan lima kawasan tumpuan utama iaitu Putrajaya dan Cyberjaya, Bukit Bintang, Bandar Sunway, Bangsar South serta Mont Kiara.

"Mekanismenya adalah melalui sebarang penggunaan kurang daripada RM5 akan menjadi RM 1 untuk perjalanan 7KM hingga 10KM.

Selain daripada inisiatif RM1, sepanjang tempoh Rahmah Ride ini, kami juga beri untuk masa dan hari yang tertentu lain seperti promosi RM3 dan RM2 ," kata Chiew Shan dalam sidang media inisiatif tersebut yang dilancarkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub.


(Ketua Pegawai Eksekutif Serantau AirAsia Ride, Lim Chiew Shan)

Setiap tempahan RM1 AirAsia Ride, pelanggan akan diberi peluang untuk menebus Pakej Rahmah ‘Ride, Fly & Stay’ dengan potongan harga RM50 untuk tempahan hotel dan penerbangan melalui platform OTA .

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Capital A, Tan Sri Tony Fernandes.

Media Baharu