fb fb fb fb fb

Unit Penyelaras bakal diwujudkan bagi menghadapi PRU DUN ke-15

(Menteri Komunikasi dan Digital hadir pada Majlis Sambutan Ma'al Hijrah
Peringkat Kebangsaan Tahun 1445H/2023 Masihi di  WTCKL)/BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 19 Julai- Satu Unit Penyelaras bakal diwujudkan dalam masa terdekat bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri ke-15 (PRU DUN ke-15) di enam buah negeri.

Perbincangan terperinci telah diadakan bagi tujuan itu antara Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) serta penyelaras platform media sosial.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, ia bagi memastikan tiada pihak mengambil kesempatan untuk meraih sokongan politik dengan bermodalkan hasutan dan menyentuh sensitiviti.


(Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil ketika ditemui media selepas Majlis
Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1445H/ 2023 di WTCKL/BERNAMA)

"Tidak ada mana-mana pihak yang mengambil kesempatan untuk meraih sokongan politik dengan salah menggunakan isu-isu berkait 3R (raja, agama dan kaum).

"Jadi kita tidak mahu ada bibit-bibit perpecahan akibat daripada sentimen perkauman yang sempit, menggunakan hujah-hujah yang boleh dianggap sebagai keagaaman yang ekstrem", katanya kepada media selepas Majlis Sambutan Maal Hijrah 1445 Hijrah di Kuala Lumpur.

Tambahnya, pihak berkuasa bersedia mengambil tindakan tegas sekiranya mendapati ada pihak yang menyalahgunakan kuasa untuk berpolitik.

Media Baharu