fb fb fb fb fb

Radio RTM: Waktu siaran lima saluran diseragamkan

(Suhaimi (kanan) pada Sambutan Hari Radio Sedunia 2023)

KUANTAN, 13 Februari- Waktu penyiaran lima saluran stesen radio daerah RTM diseragamkan bermula hari ini.

Ia melibatkan saluran radio di Sabah, Sarawak, Kedah dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Ketua Pengarah Penyiaran, Suhaimi Sulaiman berkata penyelarasan itu sebagai usaha memberi mutu perkhidmatan terbaik dalam menyampaikan informasi, seiring konsep Malaysia Madani.

“Siaran radio Tawaufm, Sandakanfm, Keningaufm, Labuanfm, dan Langkawifm telahpun diawalkan siarannya bermula pukul 6.00 pagi tadi.

"Sebelum ini, semua stesen tersebut memulakan siaran seawal 7.00 pagi. Bermula hari ini masa siaran Keningauafm dilanjutkan selama dua jam iaitu dari 5.00 petang hingga 7.00 malam. Sebelum ini siarannya bermula 7.00 pagi dan tamat pukul 5.00 petang.

"Ini bermakna siaran tempatan semua stesen ini diselaraskan bermula 6.00 pagi hingga 7.00 malam," kata Suhaimi ketika berucap bersempena Sambutan Hari Radio Sedunia 2023 di Kompleks Penyiaran Sultan Haji Ahmad Shah di sini.

Bersempena Sambutan Ulang Tahun Hari Radio Sedunia hari ini, 12 ekor merpati dilepaskan sebagai simbolik kepada tema, "Radio dan Keamanan" yang mengangkat mesej peranan radio menyebar luas keamanan kepada masyarakat.

(Suhaimi berkata waktu penyiaran lima saluran stesen radio daerah RTM diseragamkan bermula hari ini)

Media Baharu