fb fb fb fb fb

JTGPs laksana kempen galakan bayar cukai tanah secara tanpa tunai

KANGAR, 13 Februari- Jabatan Tanah dan Galian Negeri Perlis (JTGPs) menganjurkan Kempen Jom Bayar Cukai Tanah Tanpa Tunai bagi meningkatkan kesedaran masyarakat untuk menjelaskan bayaran cukai tanah.

Kempen ini bermula 1 Januari hingga 31 Mac 2023 yang menyediakan pelbagai hadiah menarik kepada pembayar cukai tanah berjumlah RM100,000.


(Pengarah JTGPs, Ismasuhaimi Shariff)

Menurut Pengarah JTGPs, Ismasuhaimi Shariff, usaha ini bagi mengatasi jumlah tunggakan cukai tanah setiap tahun yang mencecah RM2 juta, disebalik sasaran tahunan sebanyak RM 23 juta yang sepatutnya dikutip JTGPs.

Beliau ditemui media pada Sidang Media Kempen Bayar Cukai Tanah Secara Tanpa Tunai di Jabatan Tanah dan Galian Negeri.

Bagi pembayaran cukai tanah sehingga 31 Mac ini, JTGPs turut memberikan diskaun ke atas cukai tanah tanah iaitu 8% bagi tanah pertanian, 5% bagi tanah bangunan dan 3% untuk tanah perindustrian.

Kempen ini juga menyasarkan peningkatan transaksi bayaran tanpa tunai sehingga 50% berbanding bayaran tanpa tunai dengan menggunakan kaedah bayaran seperti ebayar, Jompay, MyDebit dan FPX.

Media Baharu