fb fb fb fb fb

Radio RTM 'tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas'

(Suhaimi berucap pada majlis sambutan Hari Radio Sedunia 2023 di perkarangan Kompleks
Penyiaran Sultan Haji Ahmad Shah)

KUALA LUMPUR, 13 Februari- Tema sambutan Hari Radio Sedunia 2023, 'Radio dan Keamanan' sangat signifikan dengan RTM dalam menyebar luas mesej keamanan kepada masyarakat.

Ketua Pengarah Penyiaran, Suhaimi Sulaiman berkata radio RTM terus memainkan peranan sebagai saluran sumber maklumat tepat, termasuklah info keamanan kepada masyarakat.

Beliau ditemui di majlis sambutan Hari Radio Sedunia 2023 di perkarangan Kompleks Penyiaran Sultan Haji Ahmad Shah (KOMPAS) di sini.

"Inilah usaha kami secara berterusan, semuanya kami berikan termasuk menyalurkan mesej ke arah keamanan. Memberi info sahih dan mutakhir serta hiburan kepada pendengar setia khususnya kepada masyarakat tempatan secara percuma.

"Bagi menyokong usaha konsep madani, radio RTM terus kekal relevan, tak tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas," kata Suhaimi.

(Bagi menyokong usaha konsep madani, radio RTM terus kekal relevan, tak tak lapuk dek hujan
tak lekang dek panas," kata Suhaimi)

Media Baharu