fb fb fb fb fb

Perkhidmatan kesihatan awam dipertingkat, didik masyarakat peduli kesihatan - Agong

FOTO BERNAMA

KUALA LUMPUR, 13 Februari- Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyeru agar inisiatif bagi menggalakkan pengesanan awal penyakit
dipertingkat selain menekankan aspek kesihatan mental menerusi pemerkasaan perkhidmatan kesihatan awam.

Baginda menyambut baik usaha Kementerian Kesihatan (KKM) menyediakan khidmat sokongan di pejabat kesihatan.

"Inisiatif bersifat membendung dan menggalak pengesanan awal penyakit perlu ditingkatkan menerusi skim peduli kesihatan termasuk penekanan terhadap aspek kesihatan mental.

Beta turut mengucapkan syabas atas usaha Kementerian Kesihatan (KKM) menyediakan khidmat sokongan dalam bentuk talian bantuan psikososial serta khidmat kaunseling di pejabat kesihatan daerah," titah baginda di Parlimen hari ini.


(Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah)

Baginda turut menyeru agar usaha mendigitalkan penyampaian perkhidmatan kesihatan terus diperkasa.

Ia bagi memudahkan capaian kepada masyarakat.

Sementara itu, baginda turut mendukung usaha memperkasa Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Ia merangkumi kerjasama antara sektor awam dan swasta demi memastikan graduan dilatih berlandaskan keperluan industri semasa.

"Beta juga mendukung langkah dalam meningkatkan tahap kemahiran pekerja menerusi program peningkatan kemahiran dan kemahiran semula bagi melahirkan lebih ramai tenaga kerja mahir dan separa mahir yang berupaya untuk mengurangkan kebergantungan terhadap tenaga kerja asing," titah baginda dalam ucapannya.

 

Media Baharu