fb fb fb fb fb

Qari Bahrain dan qariah Malaysia diumum johan MTHQA Ke-62

(Qari Bahrain, Mohamed Sameer Mohamed Magahed diumumkan sebagai johan qari Majlis Tilawah dan
Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-62/ FB JAKIM) 

KUALA LUMPUR, 24 Oktober - Qari dari Bahrain, Mohamed Sameer Mohamed Magahed dan qariah dari Malaysia, Sofizah Mousin, masing-masing diumumkan johan qari dan qariah Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-62.

Mohamed Sameer memperoleh markah 93.33% manakala Sofizah Mousin memperolehi markah sebanyak 89.66%.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Raja dan Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan merasmikan Penutupan Dan Penyampaian Hadiah MTHQA Ke-62 kepada para pemenang.

Hadir sama, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.


(Qariah Malaysia, Sofizah Mousin diumumkan sebagai johan qariah Majlis Tilawah dan Menghafaz
Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-62/ FB JAKIM) 

Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Hakimah Mohd Yusoff.

MTHQA pada tahun ini juga mempersembahkan penggunaan teknologi A.R (Augmented Reality) yang dapat dilihat oleh para penonton di kaca televisyen.

Ia bagi menambahkan kesan penghayatan kepada setiap ayat yang ditadabbur berasaskan fakta dan ilmu.

MTHQA ke-62 diadakan secara fizikal dan turut disiarkan secara langsung di saluran RTM TV1 serta media sosial rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia bermula pukul 8.30 hingga 11 malam.

Media Baharu