fb fb fb fb fb

Lelaki OKU dikhuatiri lemas di Sungai Kuantan

Foto hiasan

KUANTAN, 12 Jun - Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) intelektual dikhuatiri lemas ketika mandi di Sungai Kuantan berhampiran Kampung Tanah Putih di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu dalam kenyataan berkata, Syed Alwi Syd Mohd Ali Hanafiah, 30, dikatakan pergi ke sungai itu bersama adiknya untuk memancing.

"Kejadian berlaku kira-kira 3.00 petang ketika mangsa dipercayai turun ke sungai untuk mandi sebelum tiba-tiba dihanyutkan arus dan tenggelam.

"Adik mangsa berusaha menyelamatkannya, namun gagal," katanya.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) Syed Alwi bermula 7.00 malam semalam, melibatkan pelbagai agensi penyelamat.

Operasi SAR telah ditangguhkan malam tadi dan akan bersambung 8.00 pagi ini.

TETITIA YUSOFF