fb fb fb fb fb

Malaysia - Australia tingkat kerjasama bilateral keselamatan maritim

(Foto Facebook Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia)

CAIRNS, 25 Oktober-  The 11th Malaysia - Australia Civil Maritime Security Working Group (CMSWG) berlangsung Isnin menyaksikan  Australia menjadi tuan rumah.

Kehadiran delegasi Malaysia dipimpin Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Mohd Zubil Mat Som dan disambut Commander Martime Border Command, Australian Border Force (ABF), Rear Admiral Justin Jones, CSC, RAN dalam sebuah majlis yang berlangsung di Cairns, Queensland.

Penganjuran CMSWG kali ke-11 ini, memberi tumpuan utama kepada pembangunan dan cabaran serantau dalam pembinaan kapasiti secara dua hala di antara badan penguatkuasaan Malaysia dan Australia.

Selain itu, aspek yang turut diketengahkan adalah mengenai pemulihan pasca pandemik dan kesannya secara khusus terhadap persekitaran keselamatan maritim kedua-dua negara.

CMSWG ialah platform kerjasama dua hala yang memberi tumpuan kepada keselamatan maritim dalam isu-isu penguatkuasaan jenayah rentas sempadan termasuk penyeludupan migran, pemerdagangan manusia dan pengawalan sempadan zon maritim antara Malaysia dan Australia sejak 2011.


(Foto Facebook Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia)

Media Baharu