fb fb fb fb fb

Putu Mayam Jalur Gemilang, tarikan sebuah pasar tani di Bangi

(Putu Mayam yang dibentuk menjadi Jalur Gemilang)

BANGI, 28 Ogos- Sebanyak 800 keping Putu Mayam dibentuk menjadi Jalur Gemilang menjadi tarikan Pasar Tani Laman Niaga Komuniti Bandar Baru Bangi, Selangor.

Selain mempromosi pasar tani, inisiatif turut dilaksana FAMA dengan kerjasama Nasionalfm bagi menyemarakkan lagi sambutan Bulan Kebangsaan tahun ini.

Pengurus Nasionalfm, Salbiah Mohd Sharif berkata, program tersebut dapat mengeratkan hubungan antara stesen dengan pendengar menerusi semangat kemerdekaan.

(Pengurus Nasionalfm, Salbiah Mohd Sharif)

"Kita mengharapkan semangat ini semakin meningkat naik dalam kalangan generasi muda dan juga yang tua menyebarkan semangat kepada generasi muda sebab dengan pertandingan dengan menyanyikan lagu patriotisme beramai ramai ini membuatkankan kita semua sangat berbangga menjadi anak Malaysia", katanya.

Timbalan Ketua Pengarah Operasi FAMA, Abdul Rashid Bahri mahu kerjasama strategik berkenaan diteruskan dari semasa ke semasa.

"Julung kalinya pihak FAMA bersama Nasional fm untuk bersama-sama memeriahkan kemrdekaan dan juga untuk mempromosikn pasar tani kita dan saya berharap kerjasama strategik ini akan diteruskan untuk masa hadapan secara situasi menang-menang", katanya.

Sempena Bulan kebangsaan, potongan harga sehingga 20 peratus turut ditawar pengunjung pasar tani.

Media Baharu