fb fb fb fb fb

Penduduk Kedah dipelawa meriahkan sambutan Hari Kebangsaan

ALOR SETAR, 28 Ogos - Lebih 15,000 pengunjung dijangka membanjiri Dataran Medan Bandar Alor Setar bagi menyaksikan perbarisan dan perarakan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Kedah pada 31 Ogos ini.

Perarakan kenderaan daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta persembahan hiburan, antara aktiviti menarik yang menanti para pengunjung.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Istiadat Perbarisan dan Perarakan Sempena Hari Kebangsaan Tahun 2022 Peringkat Negeri Kedah, Datuk Dr Mohd Hayati Othman berkata sebanyak 115 kontinjen daripada pelbagai jabatan dan agensi kerajaan, pihak berkuasa tempatan, badan berkanun, swasta, institusi pengajian tinggi, dan sekolah akan menyertai perbarisan dan perarakan tersebut.

Acara perarakan dan perbarisan akan bermula seawal pukul 7 pagi dan diserikan dengan keberangkatan Sultan Kedah, Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah.

(Dr Mohd Hayati bercakap kepada RTM selepas
menjadi tetamusegmen “Hello YB” bersama DJ Sue di stesen Radio KEDAHfm)

"Dan apa yang menariknya adalah pasukan-pasukan beruniform seperti Polis, ATM, Jabatan Bomna dan Penyelamat dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) bukan sahaja bersama-sama dengan tenaga kerja mereka tetapi juga kenderaan yang akan bersama-sama dengan kita dalam perarakan tersebut.

"Jadi saya menyeru agar orang ramai datang pada hari tersebut untuk melihat aset-aset ATM, polis, APMM dan sebagainya," kata Dr Mohd Hayati di sini.

Hadir sama, Pengarah Penyiaran Negeri Kedah, Sharimah Abu Bakar.

Sempena perarakan dan perbarisan tersebut, beberapa jalan utama akan itutup selama dua hari iaitu pada Isnin dan Rabu ini bermula pukul 7 pagi hingga 1 tengah hari.

Penutupan jalan bermula dari simpang Bunga Tanjung hingga ke simpang Tambang Badak dan kenderaan akan dilencongkan ke laluan lain.

Media Baharu