fb fb fb fb fb

Lebih 400,000 pokok bunga ceriakan festival Floria Diraja Putrajaya bermula esok

PUTRAJAYA, 28 Ogos - Sebanyak 10,000 pokok orkid berserta lebih 400,000 pokok bunga pelbagai spesies dan kultivar bakal menjadi tarikan pengunjung ke Pesta Bunga dan Taman Floria Diraja Putrajaya 2022 bermula esok.

Presiden Perbadanan Putrajaya, Datuk Fadlun Mak Ujud berkata berlangsung di Anjung Floria dengan tema, Hebat Floria, Bunga Orkid dipilih sebagai bunga tema untuk festival kali ini.

(Presiden Perbadanan Putrajaya, Datuk Fadlun Mak Ujud)

"Kita juga ada pertunjukkan lampu taman sepanjang tujuh hari berlangsung, itu kelainan untuk tahun ni.

"Pada siangnya kita dapat melihat kecantikan bunga pada waktu siang dan malamnya kecantikan bunga-bunga dihiasi dengan lampu-lampu taman," katanya.

Tambah Fadlun, antara tarikan utama festival tahun ini 'sky walk' yang menjadi laluan utama ke Floria, Gemerlapan Floria, Taman 'Glow in the Dark', Floral Pavillion dan pertunjukkan orkid VIP.

Media Baharu