fb fb fb fb fb

PUSPAKOM tawar pemeriksaan kenderaan percuma sempena Aidilfitri

(Foto BERNAMA)

SHAH ALAM, 9 April- Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) menganjurkan kempen Pemeriksaan Kenderaan Sukarela Secara Percuma kepada semua pemilik kenderaan persendirian.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohammed Shukor Ismail berkata pemeriksaan itu bermula esok hingga 20 April ini.

Katanya, langkah itu bagi memastikan keselamatan pemanduan pada Aidilfitri.

"Pemilik kenderaan boleh hadir secara terus ke mana-mana cawangan PUSPAKOM di seluruh negara.

"Pemeriksaan itu tidak disediakan di cawangan Shah Alam, Taman Bukit Maluri dan Pasir Gudang.

"Unit Pemeriksaan Bergerak juga ditawarkan bagi pemeriksaan percuma di beberapa lokasi terpilih yang disenaraikan dalam laman web PUSPAKOM.

"Pemeriksaan itu tertumpu kepada aspek keselamatan termasuk pemeriksaan brek, pelincir sisi, tayar, asap, lampu, bahagian bawah dan atas kenderaan serta cermin gelap," katanya kepada pemberita di sini.


(Foto BERNAMA)

Media Baharu