fb fb fb fb fb

Peruntukan tambahan PPR diharap rangkumi flat kos rendah

 (Foto fail)

KUALA LUMPUR, 9 April- Peruntukan tambahan sebanyak RM35 juta bagi meningkatkan kemudahan di Projek Perumahan Rakyat (PPR) sekitar lembah Klang diharap turut merangkumi keperluan kawasan flat kos rendah.

Demikian dinyatakan Menteri Komunikasi dan Digital merangkap Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil.

"Saya sedikit risau bukan hanya untuk kawasan PPR tetapi sebenarnya ada juga flat kos rendah yang hadapi masalah agak kronik tentang isu lif dan ini sedikit luar bidang kuasa DBKL. Blok Angkasa menghadapi masalah ini.

"Saya akan cuba bincang dengan pihak DBKL dan KPKT bagaimana kita boleh bantu kawasan-kawasan perumahan yang bukan bawah jagaan DBKL untuk isu lif," kata Fahmi selepas menghadiri Program Bubur Lambuk Yayasan TM serta menziarah dan menyampaikan sumbangan zakat di PPR, Lembah Pantai.


(Fahmi berkata peruntukan tambahan PPR diharap rangkumi flat kos rendah)

Media Baharu