fb fb fb fb fb

KPDN Perlis rampas 26,000 liter diesel bersubsidi

(Foto KPDN Perlis)

PADANG BESAR, 9 April- Sebanyak 26,000 liter minyak diesel bersubsidi dirampas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menerusi Ops Tiris.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDN Perlis, Farah Alina Ropaie berkata maklumat tersebut hasil aduan orang awam serta risikan pihaknya.

"Berdasarkan siasatan awal, pemborong minyak berkenaan memperoleh bekalan minyak diesel daripada pemborong di Bukit Kayu Hitam, Kedah.

"Ketika pemeriksaan dijalankan di premis, pemborong gagal menyelenggara buku stok jualan minyak diesel, selain bekalan diperolehi meragukan.

"Hasil semakan buku stok mendapati mereka menjual minyak diesel ini kepada kenderaan Thailand.

"26,000 liter minyak diesel dan dokumen berkenaan disita untuk siasatan lanjut.

"Rampasan berkenaan dianggar bernilai RM55,900," katanya menerusi kenyataan.

Katanya, kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961.

Terdahulu, KPDN Perlis telah menjalankan tujuh tindakan kes menerusi Ops Tiris Sejak Mac lalu dengan tujuh suspek telah ditahan setakat ini.

Ia melibatkan enam warga tempatan dan seorang warga Thailand dengan nilai rampasan sebanyak RM166,602.


(Foto KPDN Perlis)

Media Baharu