fb fb fb fb fb

Lebih 200 keluarga di PPR Taman Mulia terima bantuan

KUALA LUMPUR, 9 April- Sebanyak 250 keluarga di Projek Perumahan Rakyat Taman Mulia disantuni menerusi agihan sumbangan bantuan berbentuk barangan kering, bubur lambuk dan makanan siap di masak.

Isteri Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen, Bandar Tun Razak, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berkata ia merupakan salah satu inisiatif bagi membantu meringankan beban masyarakat di lokasi berkenaan sempena Ramadan.


(Isteri Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen, Bandar Tun Razak,
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail)

Selain usaha jangka panjang melibatkan kolaborasi MyPrihatin dan Prudential BSN Takaful juga sedang dirangka bagi membantu mengurangkan kadar miskin tegar di kawasan tersebut.

"Alhamdulilah sumbangan daripada My Prihatin dan PRUBSN yang telah membantu kami hari itu. Kita bagi sumbangan ramadan bakul kasih dan bakul rahmah. Namun dlm jangka masa panjang kita hendak membantu mereka untuk menjana pendapatan.

"Saya berterima kasih kepada mereka kerana menolong kami di Bandar Tun Razak kerana peratus tertinggi di wilayah", katanya kepada media selepas agihan pek Sumbangan Prihatin Ramadan di Projek Perumahan Rakyat Taman Mulia.

Secara keseluruhannya sebanyak 9,250 sumbangan berbentuk pek makanan di agihkan keseluruh negara bagi menyantuni golongan kurang berkemampuan.

Media Baharu