fb fb fb fb fb

PSKL 2040 perlu ambil kira unsur manusiawi

KUALA LUMPUR, 9 April- Penangguhan pewartaan Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL 2040) diharap memberi ruang kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mendengar keluh-kesah rakyat, Menteri Komunikasi dan Digital merangkap Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil.

Perkara itu penting bagi memastikan perancangan dasar Kuala Lumpur mengambil kira suara pelbagai pihak termasuk persatuan penduduk.

"Harapan saya dengan penangguhan bagi perwartaan atau kelulusan yang akan diberikan kepada pelan stuktur ini memberi sedikit ruang untuk bukan hanya mendengar keluh kesah rakyat tetapi saya rasa ada kewajaran pihak DBKLmemberi maklum balas. Ada persatuam penduduk atau NGO yang memaklumkan kepada saya, mereka banyak bagi pandangan tetapi tidak ada maklum balas," kata Menteri Komunikasi dan Digital merangkap Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil selepas menghadiri Program Bubur Lambuk Yayasan TM serta menziarah dan menyampaikan sumbangan zakat di PPR, Lembah Pantai di sini.

Sebagai Ahli Parlimen di kawasan Kuala Lumpur, beliau akan meneliti pelan tersebut dan memastikan dibangunkan dengan mengambil kira unsur manusiawi selaras prinsip MADANI.

(Fahmi berkata PSKL 2040 perlu ambil kira unsur manusiawi)

Media Baharu