fb fb fb fb fb

COVID-19: KPM tingkat SOP di sekolah

(Foto BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 9 April- Prosedur Operasi Standard (SOP) di sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) terus dipertingkatkan.

Ini susulan peningkatan penularan jangkitan COVID-19 melibatkan murid-murid, guru dan kakitangan sekolah.

Menurut Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Sektor Operasi Sekolah), Dr Norisah Suhaili, pihaknya juga sentiasa memantau dan mendapatkan perkembangan dari semasa ke semasa sekiranya terdapat peningkatan kes di sekolah-sekolah.

"KPM juga akan bekerjasama rapat dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi memastikan penularan jangkitan tersebut terkawal.

"Pihak KPM turut mengeluarkan Surat Siaran untuk mengingatkan kembali warga sekolah tentang pentingnya pematuhan SOP terutamanya kebersihan diri. Ia turut memerlukan kerjasama semua pihak termasuk ibu bapa,"katanya kepada pemberita di sini.


(Foto BERNAMA)

Media Baharu