fb fb fb fb fb

Pusingan kerja dan pelantikan baharu, perkasa agenda Malaysia MADANI

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 25 September- Pusingan kerja dan pelantikan baharu bagi jawatan Ketua Setiausaha Kementerian (KSU) dan Ketua Pengarah akan berkuat kuasa pada 26 September ini.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali menerusi kenyataan memaklumkan lima pelantikan baharu bagi jawatan itu telah diberi penempatan baharu.

Antara penerima lantikan tersebut ialah Datuk Seri Ir. Dr. Zaini Ujang bakal menjawat jawatan KSU Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Datuk Seri Isham Ishak pula bertukar sebagai KSU di Kementerian Pertahanan.

Datuk Azman Mohd Yusof akan memegang portfolio sebagai KSU Kementerian Perpaduan manakala Datuk Noridah Abdul Rahim pula akan mengemudi Jabatan Wilayah Persekutuan bawah Jabatan Perdana Menteri sebagai Ketua Pengarah.

Hairil Yahri Yaacob dinaikkan pangkat sebagai Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri.

Tan Sri Mohd Zuki Ali mengucapkan syabas dan tahniah atas pelantikan itu dan percaya ia dapat terus memacu kecemerlangan kementerian dan agensi dalam menjayakan agenda Malaysia MADANI.


(FOTO BERNAMA)

Media Baharu