fb fb fb fb fb

Lelaki Myanmar dikhuatiri lemas di lombong bijih

GURUN, 25 September- Seorang lelaki warga Myanmar dikhuatiri lemas di sebuah lombong bijih terletak berhadapan kilang PERWAJA Steel Gurun Kedah lewat petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Yan Penolong Penguasa Bomba Norhamidi Ali berkata, "pihak kami menerima panggilan kejadian itu pada pukul 7.30 malam dan sebaik tiba di lokasi, mangsa sudah tiada di kawasan sekitar."

Ketika dihubungi RTM Norhamidi Ali berkata, hanya sepasang selipar dipercayai milik mangsa ditemui sekitar lombong.

Pihak bomba kemudiannya melancarkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) dengan melakukan pencarian di permukaan lombong terbabit.

Bagaimanapun SAR ditangguhkan berikutan cuaca gelap dan hujan .

Mangsa berumur 19 tahun merupakan pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu bagi Pelarian UNHCR.

Menurut pengawal keselamatan di kawasan itu, mangsa memasuki lombong bijih terbabit yang merupakan kawasan larangan untuk orang awam.

(Sepasang selipar dipercayai milik mangsa ditemui di kawasan lombong bijih)

Media Baharu