fb fb fb fb fb

Seorang pelancong Singapura maut kemalangan di Bukit Genting

BALIK PULAU, 25 September- Seorang pelancong wanita warga Singapura maut selepas van dinaiki jatuh ke dalam cerun setinggi lebih enam meter di Balik Pulau manakala sembilan lagi rakan senegara dan pemandu tempatan terselamat.

Menurut Ketua Operasi Bomba N Prenavaran, kejadian berlaku di Bukit Genting.

"Didapati tiga orang mangsa dibantu oleh orang awam, seterusnya kita buat bantuan dan turunkan penyelamat kita dengan cara selamat dan mengeluarkan mangsa satu persatu. Mangsa adalah tujuh orang wanita dan tiga orang lelaki. Seorang lelaki tempatan merupakan pemandu van. Jadi jumlah mangsa terlibat ialah seramai 11 orang," katanya ketika ditemui pemberita di sini.

Siasatan awal mendapati, van terbabit dipercayai hilang kawalan akibat jalan licin sebelum terbabas di kawasan selekoh.

Mayat dan mangsa cedera dibawa ke Hospital Pulau Pinang serta Hospital Balik Pulau.

Sementara itu, kerajaan Pulau Pinang sedia menyalur sebarang bantuan diperlukan mangsa terlibat.

Exco Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Pulau Pinang Wong Hon Wai berkata, "saya telah menghubungi pejabat Pesuruhjaya Tinggi Singapura di Kuala Lumpur untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa."

(N Prenavaran)

Media Baharu