fb fb fb fb fb

Lelaki Indonesia ditahan, dadah lebih RM1.9 juta dirampas

KUALA SELANGOR, 25 September- Polis merampas 60.3 kilogram (kg) dadah dipercayai jenis syabu dan ekstasi bernilai lebih RM1.9 juta dalam operasi di sekitar jeti nelayan di Sungai Buloh, Jeram pada Jumaat lepas.

Operasi itu dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Daerah Kuala Selangor.

Ketua Polis Selangor Superintendan Ramli Kasa berkata, seorang lelaki warganegara Indonesia berumur 21 tahun ditahan pada pukul 2.30 pagi itu dilakukan selepas polis menerima maklumat daripada orang awam.

Semakan rekod mendapati individu terbabit tidak mempunyai sebarang rekod lampau dan telah masuk ke Malaysia pada 13 September lalu menggunakan pas perlancong.

Hasil ujian awal ke atas suspek mendapati positif dadah jenis methamphetamine.

Modus operandi adalah menjadikan kawasan semak di jeti nelayan itu sebagai tempat penyimpanan dadah sebelum di seludup ke negara jiran melalui jalan laut.

(Polis merampas 60.3 kilogram (kg) dadah dipercayai jenis syabu dan ekstasi)

Media Baharu