fb fb fb fb fb

Perkhidmatan feri di empat laluan dibatal sementara

KUALA KEDAH, 25 September - Perkhidmatan feri melibatkan berapa perjalanan iaitu laluan Pulau Langkawi ke Kuala Kedah serta Kuala Kedah ke Pulau Langkawi terpaksa dibatalkan ekoran cuaca buruk, di laut.

Penolong Pengurus Operasi syarikat itu Leftenan Komander ( Bersara) Norhafiz Abdul Wahid menerusi kenyataan berkata, pembatalan itu berikutan ketinggian ombak yang dicatatkan hari ini kira-kira 3.0 meter, membahayakan aktiviti perlayaran dan bot kecil.

Katanya pembatalan melibatkan empat perjalanan iaitu perjalanan pukul 4.00 petang dan 7.00 malam dari Pulau Langkawi serta 7.00 malam dan 7.00 pagi esok dari Kuala Kedah.

Konsortium Ferry Line Ventures Sdn Bhd, telah menyediakan perjalanan tambahan untuk ke Pulau Langkawi ke Kuala Perlis pada pukul 7.30 malam tadi.

Pihak feri memaklumkan penumpang boleh menukar tarikh dan masa untuk perjalanan hari berikutnya.

(Foto ihsan penumpang feri)

Media Baharu