fb fb fb fb fb

Kesucian proses timbang tara mesti dipertahankan - Azalina

FOTO BERNAMA

LONDON, 25 September- Kesucian proses timbang tara mesti sentiasa dipertahankan dan penyalahgunaan proses timbang tara perlu ditentang.

Demikian kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, dalam ucaptamanya di Kolokium Timbang Tara Antarabangsa 2023 di London.

Ucaptama beliau dengan tema “Kedaulatan Negara dan Kekebalan dalam Timbang Tara Komersial”, turut mengambil contoh kes tuntutan penipuan pihak Sulu.

"Malaysia juga dalam proses mendapatkan pembatalan (final award) yang dikatakan dikeluarkan oleh penimbang tara penyangak Dr. Stampa di Mahkamah Rayuan Paris.

Dengan pembatalan ini, perjuangan sekian lama kerajaan untuk menentang dakwaan Sulu akan berakhir kerana asas tuntutan itu akan tidak lagi wujud," kata Azalina dalam ucaptamanya.

Tambah beliau, dalam penipuan Sulu, mereka cuba memeras ugut Malaysia sebanyak RM14.9 bilion dolar Amerika, yang dibiayai pembiaya litigasi pihak ketiga, Therium.

Justeru, perilaku penimbang tara perlu disemak semula dan perlu ada pengawasan pembiaya litigasi pihak ketiga.

Ia juga perlu ada ketelusan dan kewajipan pendedahan oleh pihak-pihak berkaitan.


(Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said)

 

Media Baharu