fb fb fb fb fb

Satu PPS dibuka di Perlis

PAUH, 25 September- Limpahan air dari Sungai Kampung Lalang Ulu Pauh dan Sungai Kampung Cik Mat Taha Ulu Pauh menyebabkan 10 buah rumah di sekitar Kampung Ulu Pauh ditenggelami air, selain hujan lebat sejak awal pagi tadi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Perlis Leftenan Kolonel (PA) Mohd Izaimi Mohd Daud memaklumkan, "sehingga kini sebuah pusat permindahan sementara (PPS) dibuka di Masjid Al Imran, Ulu Pauh."

Pihaknya telah menggerakkan pegawai dan anggota bagi memantau lokasi terlibat bagi memastikan keselamatan penduduk terjamin dan bersiap siaga untuk memindahkan penduduk sekiranya perlu berikutan hujan lebat masih berterusan.

(Rumah penduduk di sekitar Kampung Ulu Pauh ditenggelami air)

Media Baharu