fb fb fb fb fb

Buruh binaan dihadapkan ke mahkamah, bunuh peniaga

TAIPING, 25 September- Seorang buruh binaan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Taiping atas pertuduhan membunuh seorang peniaga pisang goreng, dua minggu lalu.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada A. S. Jhon Piter, 49, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret R. Prabakaran kerana kes bunuh berada bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Tertuduh didakwa membunuh Chor Kok Kuan, 59, di kaki lima gerai makanan Pasar Pokok Assam, di sini pada 12 September lalu kira-kira pukul 3.30 petang.

Pendakwaan dilakukan bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan tertuduh boleh dihukum mati atau penjara tidak kurang 30 tahun atau sebat tidak kurang daripada 12 sebatan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Inspektor Khoo Thean Heng manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 20 November depan untuk sebutan sebutan semula kes bagi menunggu laporan bedah siasat.

(A. S. Jhon Piter dihadapkan ke Mahkamah Majistret Taiping atas pertuduhan membunuh)

Media Baharu