fb fb fb fb fb

Pemuda nyaris maut, dada tertusuk dahan pokok

YAN, 25 September - Seorang lelaki nyaris maut selepas dadanya tertusuk dahan pokok yang tumbang dalam kejadian ribut yang berlaku di Gunung Jerai, Yan, Kedah, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Seperintendan (DSP) Shahnaz Akhtar Haji berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 6.58 petang yang memaklumkan pokok tumbang menghempap sebuah kereta.

"Siasatan awal mendapati, kereta yang dipandu Muhammad Alif Najmi Marzuki bersama-sama rakan wanitanya, Nurain Muhammad Nasir dalam perjalanan dari puncak Gunung Jerai menuju ke kaki gunung.

"Bagaimanapun ketika tiba di lokasi kejadian iaitu kira-kira 3.9 kilometer dari kaki gunung, sebatang pokok tumbang lalu menghempap kereta dinaiki mereka,"

Akibat kejadian itu, pemandu yang berasal dari Kampung Nangka Baru, Tikam Batu, Sungai Petani cedera di bahagian dada kanan akibat tertusuk kayu.

Mangsa dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani untuk rawatan lanjut.

Manakala Nurain yang turut cedera dibawa ke Hospital Yan untuk rawatan dan keadaannya dilaporkan stabil.

Jelas Shahnaz, kerja pembersihan termasuk memotong pokok yang tumbang, dilakukan.

 
(Kereta dipandu Muhammad Alif Najmi Marzuki bersama-sama Nurain Muhammad Nasir
dalam perjalanan dari puncak Gunung Jerai menuju ke kaki gunung)

Media Baharu