KUALA SELANGOR, 25 September- Seorang bayi perempuan dijumpai orang awam di Kampung Pasir Tuntun di sini.
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Superintendan Ramli Kasa berkata, pihak polis menerima maklumat berkaitan penemuan bayi tersebut pada pukul 1.40 minit pagi.
"Bayi tersebut dianggarkan baru dilahirkan kerana masih bertali pusat. Bayi malang itu ditinggalkan di lantai simen tapak perumahan yang masih dalam pembinaan," katanya kepada pemberita dalam sidang media di Dewan Alamanda, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini.
Bagaimanapun sepasukan polis bergegas ke tempat kejadian dan menghubungi pihak hospital untuk pengesahan sama ada bayi tersebut masih dalam keadaan sempurna atau sebaliknya.
Pihak hospital telah membawa bayi tersebut ke Hospital Tanjong Karang untuk pemeriksaan lanjut
Kes disiasat bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan iaitu membabitkan kesalahan menyembunyikan kelahiran dengan niat membuang bayi.
Pihak polis memohon pihak yang mempunyai maklumat untuk berhubung dengan pegawai penyiasat Inspektor Ikhwan menerusi talian 019-9699015 atau berhubung mana- mana balai polis berhampiran.
(Superintendan Ramli Kasa)