fb fb fb fb fb

STEM penting bagi pembangunan negara

MELAKA, 24 September - Pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) penting bagi pembangunan sesebuah negara.

Sebagai contoh Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, Kementerian Pertahanan mempunyai sebuah agensi dikenali sebagai Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (STRIDE) yang memfokuskan kepada teknologi pertahanan.

"Industri pertahanan, STRIDE, kita ada 100 lebih saintis yang boleh pakar buat bom menguji bom macam semua yang boleh menguji peluru boleh tembak terus semua kita ada. STRIDE ini ia banyak lebih kepada teknologi kan, keupayaan untuk membuat peluru berpandu yang sederhana jarak sederhana dan bermacam-macam lagi, tetapi kita masih lagi di peringkat percubaan," kata Mohamad Hasan, di sini.

(Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan bercakap kepada media
selepas merasmikan Majlis Perasmian Penutup Seminar Pembudayaan STEM bagi
Memperkasa Masyarakat MADANI di Dewan Canselor,
Universiti Teknologi Malaysia Melaka (UTeM), di Durian Tunggal)

Dalam pada itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini ada memaklumkan ada segelintir pelajar kini kurang meminati subjek sains dan matematik.

Justeru semua pihak perlu melakukan anjakan paradigma bagi memastikan Malaysia menjadi negara maju berpendapatan tinggi dengan sokongan teknologi terbaharu yang dihasilkan anak tempatan.

Media Baharu