LUMUT, 25 September- Remaja lemas di Pantai Teluk Senangin Lumut semalam ditemukan pada pukul 5.29 petang tadi.
Penemuan mayat Muhammad Fahmi Hafizi Mohd Fadzli, 19, disahkan Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad.
"Bot bomba digunakan untuk mencari mangsa di lokasi yang dipercayai tenggelam dengan membuat beberapa pusingan bagi menaikkan mangsa.
"Pasukan penyelamat di air (PPDA) JBPM juga telah membuat selaman di lokasi mangsa tenggelam," katanya kepada pemberita di sini.
Mangsa timbul 10 meter dari lokasi selaman pasukan PPDA dan berjaya ditemukan.
Operasi bermula pukul 8.30 pagi tadi berdepan cabaran ombak dan hujan selain dibantu 49 anggota pelbagai agensi serta komuniti nelayan.
Operasi mencari dan menyelamat ditamatkan pada pukul 6.00 petang.
(Mayat Muhammad Fahmi Hafizi Mohd Fadzli ditemukan pukul 5.29 petang)