fb fb fb fb fb

Amizar tekad tingkatkan akses pendidikan untuk orang asli di Pelangai

PELANGAI, 25 September- Calon BN bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Negeri Pelangai, Datuk Amizar Abu Adam mahu tingkatkan akses pendidikan anak-anak daripada komuniti orang asli.

Hasrat itu adalah untuk memastikan anak-anak orang asli di kawasan berkenaan mendapat kemudahan dan keperluan yang saksama agar golongan itu tidak jauh ketinggalan daripada aspek pendidikan.

"Hasrat saya adalah untuk memastikan akses pendidikan di kawasan ini ditambah baik sekali gus menjadi tunjang asas kepada masyarakat orang asli disini. Kedua, infrastruktur sedia ada perlu dipertingkat untuk keselesaan masyarakat orang asli," kata Amizar kepada pemberita selepas sesi ramah mesra bersama penduduk Orang Asli Kampung Hulu Semei.

Sementara itu, wakil komuniti orang asli, Yihang Atung mahu lebih banyak peluang disediakan bagi meningkatkan sumber pendapatan komuniti kampung tersebut.

"Pendapatan sebulan penduduk di sini boleh dianggarkan lebih kurang RM200. Kita lihat pada buah, kalau sawit boleh dapat lah RM500 ke RM600. Getah pula dia tak tentu. Faktor cuaca pun mempengaruhi pendapatan kami. Contoh kalau sekarang hujan, tidak dapatlah keluar menoreh," kata Yihang kepada pemberita.


(Penduduk orang asli, Yihang Atung)

Kampung Orang Asli Hulu Semei mempunyai seramai lebih 70 orang pemilih berdaftar.

 

Media Baharu