fb fb fb fb fb

Pusat tahfiz terbakar, enam pelajar selamat

SERI ISKANDAR, 22 Jun- Enam pelajar lelaki Pusat Tahfiz Dar al-Fawzan di Seri Iskandar, Perak terselamat dalam kebakaran membabitkan sebuah bilik di asrama yang dihuni mereka; awal pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 4.46 pagi.

Kebakaran melibatkan sebuah bilik di tingkat atas yang musnah terbakar kira-kira 15 peratus.

Seramai enam pelajar yang tinggal di asrama tersebut semasa kejadian itu berada dalam keadaan selamat.

Anggota Balai Bomba dan Penyelamat Seri Iskandar dan Batu Gajah dikejarkan ke lokasi kejadian.

Operasi tamat sepenuhnya sejam kemudian.


(Kebakaran melibatkan sebuah bilik di tingkat atas yang musnah terbakar kira-kira 15 peratus)

Media Baharu