KUANTAN, 22 Jun - Pahang memberi jaminan setiap ketua keluarga yang layak menerima Bantuan Wang Ihsan sumbangan Kerajaan Negeri dan Persekutuan sebanyak RM1,500 akan menerima bantuan tersebut.
Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pihaknya perlu meneliti permohonan yang menyebabkan sedikit kelewatan akibat masalah teknikal.
Namun, bagi mereka yang masih belum menerimanya, perlu berhubung dengan Pusat Kawalan Operasi Bencana Daerah atau Pegawai Daerah.
(Wan Rosdy ketika menyampaikan Bantuan Prihatin Pahang 2022 fasa 2,
Kluster pemandu Teksi di sini)
"Kalau dia layak kita akan beri, yang menjadi masalah mereka yang tidak layak tetapi terima bantuan. Kerana ini adalah duit kerajaan, jadi kita perlu berhati-hati menguruskannya. Saya beri jaminan kesemua yang layak akan diberi bantuan tersebut. Ia perlu ada dokumen yang diperlukan, ketika membuat permohonan itu dan ada pengesahan," kata Wan Rosdy di sini.
Dalam majlis berkenaan, lebih 200 penerima diberi bantuan tunai sebanyak RM200 seorang.