fb fb fb fb fb

Pusat tahfiz, pondok dan madrasah di Negeri Sembilan digesa dapatkan lesen

Foto BERNAMA

SEREMBAN, 25 September- Semua institusi pengajian bukan arus perdana yang ingin beroperasi di negeri ini perlu mendapatkan lesen yang sah.

Termasuk pusat tahfiz, pondok dan madrasah.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun menegaskan, pihak berwajib seperti Jabatan Pendidikan Negeri dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEINS) akan memainkan peranan dengan melakukan pemantauan secara berterusan.

Ujarnya, masih terdapat lagi pusat pengajian itu beroperasi sebelum mendapat kelulusan dan lesen daripada kerajaan negeri.

"Kita berharap ini tak berlaku selepas nilah lepas ada lesen baru beroperasi kita kena lihat undang2 kita diperingkat kerajaan engeri supaya hanya yang ada mempunyai lesen pandangan baiklah selepas ni mungkin boleh hanya benarkan apabila ada lesen" katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Seremban.

Sementara itu, Aminuddin memberitahu kerajaan negeri sedang mendapatkan maklumat dan perkembangan GISBH di negeri berkenaan secara menyeluruh.

Tindakan tegas akan diambil sekiranya keputusan membabitkan pengharaman dan menyalahi undang – undang.

Trainee2