VIENTIANE, 25 September - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof tiba di Vientiane, Laos bagi menyertai Mesyuarat Menteri Tenaga ASEAN (AMEM) ke-42, selama dua hari mulai esok.
Pesawat membawa beliau mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Wattay pada pukul 4:15 petang waktu tempatan.
Ketibaan Datuk Seri Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, disambut Duta Malaysia ke Laos, Edi Irwan Mahmud, serta Naib Menteri Tenaga dan Galian Laos, Chansaveng Boungnong.
Esok, beliau dijangka akan mengetengahkan pelbagai komitmen Kuala Lumpur di pentas AMEM.
Datuk Seri Fadillah turut dijadual menyertai mesyuarat dua hala antara Malaysia dengan Laos, Filipina dan Thailand.
Diikuti jamuan makan malam bersama diaspora Malaysia di republik berkenaan.